Wednesday 13 June 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah~2012

Hari ini 13 hb June 2012
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
 Telah diadakan di Dewan Seri Bernam
Selama 3hari persiapan bahagian hadiah telah di lakukan....

Biasalah...kadang-kadang dah selesai urusan hadiah , 
 ada pula,dapat arahan ,,kena buat tambahan hadiah....
Terpaksalah kena ikutkan jer....asalkan semua berjalan dengan lancar....
Masa yang di nantikan telah tiba....

Seawal jam 7.30 pagi,kena bergegas ke dewan...
Memandangkan kena buat persiapan yang kemas dan rapi...
Perlaksanaan bahagian hadiah bukanlah perkara yang mudah,
Sebaliknya amat sukar...
Hadiah kena mencukupi....dan dari segi protokol pula kena rapi....
 
 
  Terimakasih kepada sahabat-sahabat yang bekerjasama
 dalam menjayakan program tersebut  dan berjalan dengan lancar.


Alhamdulillah sehingga majlis selesai perjalanan yang berlaku
 di atas pentas berjalan dengan lancar,
dan akhirnya dapat pujian,oleh pihak pengurusan ,
 diatas perjalanan program tersebut.
Ini adalah atas dasar kerjasama kami bersama...
Sukran semua.....

Dan SELAMAT HARI GURU...

(13/06/2012)



Monday 11 June 2012

Persiapan....untuk 13/06/2012

OOOOOOOOOO
Lagi dua hari persiapan untuk Sambutan Hari Guru
Terpaksa kena buat tugasan yang terbaik
Untuk meraikan hari yang indah
Agar semuanya berjalan dengan lancar.....

Apa pun atas kerjasama dari sahabt-sahabat
Mudah-mudahan berjalan dengan baik.....


Semoga majlis tersebut berjalan dengan baik dan lancar..........

Sunday 10 June 2012

Bonda

Ibu  Mithali
Ibu sejati
Tunggak pada keluarga bahagia
Kau lah pembimbing,pendidik dan pengasih

Selamat Hari Ulang tahun kelahiran  bonda
Kali yang ke 80 tahun...
Semoga semakin tabah,kuat dan cekal
dalam menjalani ibadah seharian....




Mei 2012

Saturday 9 June 2012

Sedetik Yang Berlalu....

Rindu kian membara,
Sudah selama 3 tahun tidah berjumpa ayah dan ibu....
Hati ayah ibu  semakin membara dan teruja,setelah 3 tahun berhari raya
Tanpa anakandanya yang menuutut ilmu di perantauan,
Selama itu,sekali pun tidak pernah pulang ke Malaysia..
Hati  ibu,begitu meronta-ronta ingin bertemu anakanda kesayangan
Walau apa pun,nun jauh di sana
Tekadkan jua untuk menghadiri hari konvokesyen di perantauan...
Pada 10/06/2012 ini...

Tempahan tiket telah di buat Januari ,,
,kerana lebih awal akan mendapat tambang yang murah,
Alhamdulillah segalanya..berjalan dengan lancar..
Wang saku sudah sedia mencukupi untuk sebulan di perantauan
Hati tidak sabar untuk menunggu pada tarikh 31hb Mei 2012
Iaitu penerbangan KLIA ke Muscat..dan Muscat ke Oaman Jordon

Seawal pagi sememangnya aku sekeluarga untuk menghantar  rombongan tersebut ke KLIA,
Selepas solat subuh serta bersarapan pagi di kedai Taipan,
 yang berhampiran,kami menjamah roti canai mamak....
Dan tepat jam 7 pagi,kami bergerak terus untuk menuju ke KLIA...
Flight tersebut adalah jam 9.00 pagi,...jadi kami kena sampai sebelum waktu tersebut....kurang -kurang sebelum jam 8.30 pagi....

Disamping perjalanan yang lancar, di suatu persimpangan ,
yang agak sibuk kami telah tersilap mengambil persimpangan arah ke KLIA  ,faham-faham saja lah...bila dah tersilap terpaksa ikut jalan jauh.....


Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi...sedangkan kami belum sampai ke KLIA,masih dalam perjalanan lagi......Andai ditakdirkan tidak dapat berjumpa....kami pasrah......
Kenderaan yang di pandu hubby semakin mencecah 160km../jam
Sempat berbicara...andainya tak sempat tak mengapalah....tak payah nak laju-laju sangat....

15 minit berlalu....masih tidak kelihatan....bangunan KLIA........
Dan Alhamdulillah ,dengan izinNya ......
Sesampainya,ke KLIA kami diturunkan di  pintu nombor 8,
Menarik nafas lega......
Di mana kekandaku sekeluarga sedang menunggu dengan perasaan yang resah gelisah...
Alhamdulillah ,sempat kami berjumpa 6 minit sebelum beliau masuk untuk check in... 

Selamat  jalan....buatmu sekeluarga....Doa kami agar kalian sekelurga selamat sampai ke destinasi yang di tuju..

Kami sempat mengambil photo bersama-sama....





Kekandakku, sekeluarga....semoga kalian sihat di sana,dan semoga selamat kembali ke tanah air....


# Andai kita masih diizinkan untuk berjumpa, .. walau rintangan dan halangan,walau sesaat pun andai diizinkan oleh Illahi kita tetap akan bertemu......
 31/05/2012

Friday 8 June 2012

Selamat Hari Ulang tahun Kelahiran Jun 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran
Kepada anda yang di lahirkan
Pada bulan Jun

Semoga kalian akan sentiasa
Di lindungi Allah sentiasa...
Amin Ya Robbal alamin...

Mudahan segala amalan -amalan yang kita lakukan
Akan sentiasa mendapat ganjarannya....

Ulang tahun 07/06/2012



Terima kasih buat anak-anak
Terujanya hati seorang ibu 
Bila mana ulang tahun  kelahiran di raikan
07/06/2012
Semua made in anak-anak.....



ooooo terujanya....surprise...
Kreativiti anak-anak....
Sebiji kek yang dibuatnya...
Dan sedikit nota tertulis ....
Sudah cukup menguja kan hati ini ..

Terima kasih anak-anakku.....semua...
I love you all........

Wahai anak-anakku semoga
Kalian semua berjaya dunia dan akhirat
Juga agar menjadi insan yang soleh dan solehah...Amin

Thank's you all semua.....

Thursday 7 June 2012

JEJAK SAHABAT (01/10/2011)

SAMTS membawa kenangan silam,
Setelah sekian lama masing-masing membawa haluan,
Setelah wujudnya...FB...
Maka masing-masing mencari teman dan sahabat lama...

Masing-masing tekad untuk menjejakkinya setelah 20 tahun berlalu...
Masing-masing sudah punya suami anak-anak...dan kebahagiaan...
Andai takdir kita diketemukan....Syukur Alhamdulillah......

Alhamdulillah....dengan tekad dan azam masing-masing
Kini kita diketemukan di sebuah villa....
Yang kepunyaan En Halim dan Siti Muhibbah
Yang kini masing-masing sudah bergelar Dato' dan Datin....



Terimakasih Dato' dan Datin....
Terimakasih juga kepada sahabat-sahabatku yang lain,
Yang sanggup luangkan masa untuk bersama.....